Assalamualaikum...
Apa khabar semua? Baca tak post-post saya sebelum ini tentang buku Drive by Daniel H. Pink? Hari ini saya akan ceritakan bahagian yang penting dari buku ini; Type I dan Type X.
Haa... apa tu I dan X?
Type I :
Menekankan keinginan Intrinsik (dalaman) daripada Ekstrinsik. Keseronokan, kebebasan, cabaran dan matlamat merupakan dorongan utama untuk melakukan aktiviti. Sebarang ganjaran lain dianggap sebagai bonus.
Type X:
Mementingkan keinginan Ekstrinsik (luaran) daripada Intrinsik. Pendorong utama ialah ganjaran luaran. Kepuasan melakukan tugas tidak diutamakan.
Motivasi 2.0 yang biasa digunakan mengunakan dorongan ekstrinsik yang memberi lebih kepuasan meraih ganjaran luaran daripada kepuasan melakukan aktiviti tersebut.
Sistem Motivasi 3.0, idea penulis buku ini ialah menukar pemikiran kita daripada Type X kepada Type I. Kita akan lebih mengutamakan kepuasan dalaman agar kita dapat melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih baik. Tidak bermaksud Type X perlu dielakkan sama sekali. Type X diperlukan untuk tugas-tugas yang tidak menggunakan kreativiti.
Pencapaian yang didorongi daripada motivasi ekstrinsik lebih banyak daripada pencapaian daripada motivasi intrinsik untuk jangka masa yang pendek sahaja. Mereka yang berjaya pada jangka masa panjang merupakan mereka yang bekerja keras dan menghadapi pelbagai cabaran (Type I).
Type I ialah sifat semulajadi yang ada pada setiap manusia tidak kira usia, jantina atau bangsa. Type X ialah sesuatu yang dipelajari daripada pengalaman. Type X boleh bertukar menjadi Type I jika seseorang itu meninggalkan perkara negatif dan bermotivasi.
Type I tidak menolak ganjaran wang sama sekali. Upah pekerjaan yang tidak mencukupi akan mengurangkan motivasi Type I dan Type X. Tetapi jika upah mencukupi keperluan mereka, Type I akan melakukan tugas jauh lebih baik daripada Type X kerana Type X akan selalu mengharapkan kenaikan gaji dan bonus untuk melakukan tugas mereka.
Type X memberi banyak kesan negatif dalam tingkah laku seseorang. Motivasi if-then akan menyebabkan upah yang diberi kepada mereka yang mengamalkan Type X bertambah mahal.
Type I mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding dengan Type X.
Type I bergantung pada tiga elemen; autonomi, masteri dan matlamat.
Nak tahu lebih lanjut tentang tiga elemen tersebut? Nantikan post seterusnya tentang autonomi...
Assalamualaikum Safina Zairin, well done with your blog! Please continue to share!
ReplyDeleteWaalaikumussalam abg Amirul. Thank you! =D
Delete