Saturday, 16 August 2014

Carrots and Sticks

Assalamualaikum...

Minggu ini saya baca buku Drive. Penulis buku tersebut, Daniel H.Pink menjelaskan tentang jenis motivasi, kelebihan dan kekurangan motivasi tersebut dan menawarkan motivasi baru.


Seperti yang saya jelaskan pada post sebelum ini, terdapat 2 jenis motivasi. Motivasi 1.0 ialah keinginan kita untuk memperoleh keperluan hidup yang mencukupi. Motivasi 2.0 merupakan ganjaran dan hukuman yang diberikan kepada seseorang agar mereka dapat melakukan tugas mereka dengan lebih baik. Motivasi 2.0 yang juga dikenali sebagai kaedah carrots and sticks ini sering digunakan. Namun motivasi ini mempunyai kekurangan:


  • Memadamkan motivasi dalaman
  • Mengurangkan prestasi
  • Memusnahkan kreativiti
  • Menggalakkan tingkah laku yang tidak beretika
  • Memupuk pemikiran yang singkat
Oleh itu, penulis mencadangkan cara menggunakan ganjaran dengan betul:

Tugas-tugas rutin, yang selalunya membosankan perlu diberi ganjaran if-then. Contohnya, jika mereka berjaya melakukan tugas, mereka akan mendapat RM100. Pastikan mereka mengetahui kenapa tugas tersebut penting, mengaku bahawa tugas tersebut membosankan dan izinkan mereka melakukan tugas mengikut cara mereka.

Sekiranya tugas yang diberikan itu bukan tugas rutin, seperti melakar poster. Tugas seperti ini perlu dilakukan mengikut kreativiti mereka. Oleh itu, penulis mencadangkan agar tidak memberi ganjaran if-then. Berikan kata kepujian untuk menaikkan semangat. Bonus berbentuk wang atau trofi boleh diberi selepas mereka melakukan tugas.

Pada post seterusnya, saya akan menceritakan tentang Motivasi 3.0 dari buku ini.

No comments:

Post a Comment