Eat That Frog merupakan penulisan Brian Tracy. Topik penting dalam buku ini adalah cara melakukan banyak tugas dalam masa yang tersingkat dan cara mengelakkan penangguhan kerja.
Dalam bahagian Pengenalan, Brian Tracy mengatakan bahawa kita perlu memiliki kemahiran memilih tugas yang penting, mula melakukan tugas tersebut dan menyelesaikan tugas tersebut dengan cepat dan berkesan.
"Sekiranya kamu perlu makan seekor katak pada setiap pagi, kamu perlu bersyukur kerana itulah perkara terburuk yang mungkin berlaku pada hari itu."
- Mark Twain
Katak merupakan simbolik bagi tugas.
Peraturan #1: Makanlah katak yang paling hodoh dahulu.
Kita selalu memulakan dari tugas yang paling senang, tetapi Brian Tracy berkata bahawa kita perlu memulakan dari tugas yang paling susah. Selagi tugas tersebut tidak selesai, kita tidak boleh melakukan tugas yang lain.
Peraturan #2: Jika perlu makan katak hidup-hidup, makan secepat yang mungkin.
Apabila terdapat tugas yang perlu dilakukan, mulakan tugas tersebut dengan segera. Jangan tangguhkan atau berfikir panjang untuk memulakan.
Dalam sesebuah organisasi, perkara yang selalu menggagalkan objektif organisasi tersebut adalah disebabkan penangguhan tugas.
Melakukan tugas dengan pantas amat sukar untuk dijadikan rutin. Seseorang perlu berdisiplin dan berlatih agar tugas harian dapat dilakukan pada awal waktu.
Rasa gembira dan puas hati apabila berjaya menyiapkan tugas yang paling susah setiap hari akan memberi motivasi dan semangat baru untuk mengharungi cabaran-cabaran yang akan datang.
Tabiat Kejayaan dibina dengan Tiga D:
Decision (Keputusan)
Discipline (Disiplin)
Determination (Kemahuan)
Bayangan tentang cita-cita dapat memberi dorongan dan semangat yang baru untuk terus menghadapi cabaran.
~ ~ Eat That Frog ~ ~


No comments:
Post a Comment