Monday, 5 May 2014

Eat That Frog Bab 1 - Kemaskan Meja





Brian Tracy menyatakan bahawa cara yang hebat untuk berjaya adalah berfikir sambil menulisnya.

Oleh itu segera bersedia dengan pen dan kertas dan mula berfikir tentang apa yang hendak kamu lakukan.

Tentukan apakah 'goal' sebenar anda. Tetapkan tarikh mula dan akhir serta tarikh-tarikh lain yang penting berkaitan dengan 'goal' anda dan senaraikannya. Aturkan senarai tersebut mengikut keutamaan. Mula bertindak serta merta dan lakukan perkara tersebut setiap hari.


Menurut Brian Tracy, matlamat yang ditulis atas kertas akan memberi dorongan untuk kita terus berjuang untuk mencapai matlamat kita. Jika matlamat tersebut tidak ditulis atas kertas, ia akan kekal sebagai mimpi sahaja.



Ada satu set kualiti yang perlu kita miliki untuk berjaya. Tujuan yang pasti, ilmu tentang perkara yang kita mahu, dan keinginan yang membara bagi mencapainya.
- Napoleon Hill

No comments:

Post a Comment